Wednesday, March 17, 2010

LAWATAN MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU KE MAKTAB SULTAN ISMAIL SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


Pada hari ahad 14 March 2010,Panitia Muzik Maktab Sultan Ismail,Sekolah Kluster Kecemerlangan telah terlibat dalam menyambut Rombongan Guru dari Maktab Sultan Abu Bakar,Johor Bharu.Antara persembahan muzik dari para pelajar yang dipersembahkan kepada Rombongan tersebut ialah Persembahan Silat Pulut yang diketuai oleh Ahmad Wafee bin Nordin.Persembahan ini diiringi oleh alunan muzik merdu dari Pasukan Muzik Tradisional yang diketuai oleh Che Amir Haikal .Selain itu,Persembahan Pancaragam yang dipimpin oleh Drum Major,Rizzan bin Makhtar turut dipersembahkan.Seterusnya,tetamu dibawa melawat Bilik Muzik dan Bilik Orkestra Muzik.Di sana,para tetamu dipersembahkan dengan Persembahan Ghazal yang diketuai oleh saudara Basyir bin Ahmad.Rombongan juga dihiburkan dengan persembahan Orkestra Maktab Sultan Ismail.




Ketibaan guru - guru dari Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru disambut oleh guru - guru Maktab Sultan Ismail yang diketuai oleh PKP, Tuan Haji Zulkifli bin Daud





Selain itu, para guru dari Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru juga disambut dengan persembahan silat pulut dan diiringi oleh muzik daripada kumpulan muzik tradisional.





Guru - guru dari Maktab Sultan Abu Bakar diiringi oleh PKP dibawa untuk melihat persembahan seterusnya

Seterusnya, pelawat dihidangkan pula dengan persembahan daripada pasukan Pancaragam Maktab Sultan Ismail


Persembahan yang begitu santai....


Tidak cukup dengan itu, pelawat dibawa pula ke Auditorium Maktab Sultan Ismail untuk melihat persembahan seterusnya daripada pelajar muzik

Para peserta bersiap sedia menunggu ketibaan pelawat

setting2 sedakk...


Pasukan Ghazal Sri Suria Maktab Sultan Ismail memulakan persembahan manakala pasukan orkestra bersiap sedia menunggu giliran mereka

Hafiz John menghilangkan rasa berdebarnya dengan sengihan...

Para Guru daripada Maktab Sultan Abu Bakar bersama para Pentadbir Maktab Sultan Ismail asyik mendengar persembahan daripada pasukan ghazal..

Cikgu Razi sentiasa memastikan peralatan muzik berfungsi dengan baik semasa persembahan

diberi tepukan setelah trhibur.... tahniah kepada pasukan ghazal

seterusnya tiba giliran pasukan orkestra untuk membuat persembahan



Ahli-ahli orkestra menunggu arahan konduktor,Rizzan.


Cikgu Razi memberi sedikit peringatan kepada murid - murid.

hehehe...



Lagu Oh Fatimah diserikan dengan tarian daripada pelajar tingkatan 1.


Pemain berbangsa Cina,Kang Chin Chern menunjukkan skilnya.1 Malaysia.


Terima Kasih kerana sudi hadir.


Pelajar kelihatan lega selepas persembahan selesai


Sila datang lagi.


Kedatangan pihak tuan amat kami alu alukan


Pelajar berhibur dengan bermain bola setelah selesai majlis tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Guru muzik,En.Razi dan En.Zulfakar kerana bertungkus lumus dalam menjayakan acara ini.Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar yang memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang latihan dijalankan.